Jumaat, 20 April 2012

PERTANDINGAN MEMBUAT MUFFIN KELAB ISTIMEWA

PROGRAM : PERTANDINGAN MEMBUAT MUFFIN AHLI KELAB ISTIMEWA
TARIKH :  17.4.2012 (SELASA)
MASA : 12.00 TGH - 3.30 PTG
TEMPAT : KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK GELIGA
OBJEKTIF : Memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas menunjukkan bakat dan kemahiran menghasilkan muffin.


Pertandingan Membuat Muffin anjuran Kelab Istimewa sempena Bulan Ko-Akademik SMK Geliga telah diadakan bertempat di Kelas Pendidikan Khas SMK Geliga. Pertandingan yang hanya disertai oleh ahli-ahli kelab iaitu pelajar-pelajar pendidikan khas sahaja telah berjaya menghasilkan muffin yang pelbagai bentuk dan rasa. Pertandingan yang bermula pada jam 12.00 tengahari itu dimulakan dengan taklimat dari hakim pertandingan tentang masa dan syarat pertandingan. Para peserta pertandingan juga diminta membawa sendiri bahan-bahan hiasan untuk menghasilkan muffin, pihak penganjur hanya menyediakan bahan-bahan asas sahaja. Para peserta juga diminta mengambil dan menyediakan alatan yang akan digunakan seperti pengadun kek, mangku, sudu dan lain-lain lagi.Begitu juga dengan bahan-bahan untuk membuat muffin seperti gula, telor, esen vanilla dan tepun.  Ini adalah untuk memastikan peserta mengenal bahan-bahan dan alatan tersebut dengan baik.










































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan