Rabu, 6 Julai 2011

PERTANDINGAN KEUSAHAWANAN SEMPENA BULAN KOPERASI SMK GELIGA

4 Julai 2011
Sempena Bulan Koperasi SMK Geliga, pihak pengurusan koperasi telah mengadakan pertandingan keusahawanan pelajar-pelajar yang mengusahakan produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersilkan dan dijadikan perniagaan. Pelajar Pendidikan Khas yang mengusahakan produk jualan muffin telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar aliran perdana terutamanya ahli-ahli Kelab Usahawan memberikan saingan yang hebat dan sengit. Demonstrasi pembuatan produk jualan tersebut telah diadakan di Kelas Pendidikan Khas. Seramai 3 orang juri yang terdiri daripada guru-guru ERT dan koperasi mengadili pertandingan tersebut. Perkara yang dititikberatkan adalah tahap kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan bahan dan alatan pembuatan produk jualan.
Gambar-gambar menarik semasa demonstrasi pembuatan produk jualan perniagaan.....





 Chef cilik bersama ketua chef....

 pihak juri sedang membuat penilaian terperinci....




 Muffin yang sedia dimasak....

 Produk yang dihasilkan untuk jualan...
Tahniah kerana berjaya memberikan saingan yang hebat dan menunjukkan demonstrasi yang menarik minat pihak juri !!!!!

Pasukan Pendidikan Khas telah berjaya mendapat tempat ke-2....Tahniah diucapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan