Jumaat, 29 April 2011

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN KO-AKADEMIK SMK GELIGA

26.4.2011
Majlis Perasmian Penutup Bulan Ko-Akademik SMK Geliga telah diadakan di Dewan Fikrah SMK Geliga. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKG Puan Kamariah Bt Sahak. Pelbagai Aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Ko-Akademik dipamerkan digerai-gerai yang disediakan. Persembahan pelajar yang memenangi pertandingan juga turut diadakan. Diantara persembahan yang diadakan ialah persembahan Nasyid, Persembahan Tarian, Pertandingan Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional dan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori Mencipta Banner, Membuat Wau, Pertandingan Gubahan Pengantin, Pertandingan Jahitan Manik serta PertandinganPantun. Pelajar Pendidikan Khas juga turut membuat persembahan Tarian Inang yang disertai oleh 2 orang pelajar iaitu Nurdiyana Bt Mohd dan Mohd Rafiuddin Bin Rosman. Diantara gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung....




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan