Jumaat, 21 Januari 2011

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PEMBELAJARAN SMK GELIGA

Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKIP) SMK Geliga telah ditubuhkan pada 3 Januari 2011. Program ini menerima pelajar sulung seramai 12 orang, 5 daripadanya adalah pelajar Pendidikan Khas SMK Sultan Ismail. Pelajar-pelajar tersebut  beralamat dan tinggal berhampiran dengan SMK Geliga. Seramai 2 orang guru ditugaskan untuk membuka program tersebut dan memulakan pembelajaran dan pengajaran sesi 2011 ini. 2 bilik darjah yang belum dinaik tarafkan menjadi kelas pembelajaran kepada pelajar-pelajar baru ini. Segala kemudahan dan alatan p&p serta BBM masih kekurangan dan perlu diadakan sedikit demi sedikit.

TRANSFORMASI PPKIP SMK GELIGA
Keadaan kelas pendidikan khas sebelum transformasi




































Keaadaan kelas selepas transformasi















Pendaftaran pelajar baru  PPKIP 2011 telah telah diadakan pada 4 Januari 2011. Bagi meraikan kedatangan warga SMK Geliga yang baru, sesi taklimat aluan selamat datang telah disempurnakan olen Tuan Pengetua SMK Geliga iaitu Pn. Kamariah Bt Sahak dan juga Penolong Kanan Pentadbiran SMK Geliga Pn. Hjh Fatimah Bt Haron pada hari tersebut bertempat di Kelas Pendidikan Khas.




Di antara ibu bapa yang hadir mendaftarkan anak mereka


Ucapan Pengerusi majlis, Cikgu Halimahton Saadiah Bt abd Hamid



Ucapan Pengetua SMK Geliga, Pn. Kamariah Bt Sahak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan