Isnin, 21 Februari 2011

UJI BAKAT / PEMILIHAN PESERTA PERSEMBAHAN PENTAS ISTIMEWA

Aktiviti       :  Uji bakat dan pemilihan peserta bagi pentas istimewa bagi Sekolah-sekolah Integrasi 
                    Pendidikan Khas Daerah Kemaman
Tempat      :   Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman
Tarikh        :   21.2.2011 ( 8.30 pagi - 12.00 tgh )

Penyertaan :    ( 13  penyertaan / persembahan )
                     1) SMK Geliga                      -        Tarian  (Jong-jong Inai) dan nyanyian duet (Seiring dan
                                                                             Sejalan)
                     2) SMK Sultan Ismail             -       Nasyid dan Pentomen
                     3) SMK Cheneh Baru            -       Tarian
                     4) SMK Badrul Alam Shah    -        Deklamasi Sajak
                     5) SK Seri Iman                    -        Tarian ( Ulek Mayang ) dan Tarian ( Chicken Dance )
                     6) SK Pusat                          -        Tarian
                     7) SK Bukit Kuang               -         Tarian
                     8) SK Seri Geliga                  -         Tarian
                     9) SK Chukai                        -         Tarian ( Chicken Dance )
                    10) Sk Ibok                           -          Pentomen

Tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan bakat / menjayakan persembahan (pemilihan ) tersebut. Tahniah juga buat guru-guru pembimbing (kareografer) tarian yang bertungkus-lumus melatih pelajar istimewa. Nikmati video tarian dan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang persembahan.

Wajah-wajah peserta tarian SMK Geliga, Kemaman



Tarian dari SMK Geliga





Nyanyian lagu duet Seiring dan Sejalan dari pelajar SMK Geliga

Persembahan nasyid dari pelajar-pelajar SMK Sultan Ismail

Persembahan tarian dari pelajar-pelajar SMK Cheneh Baru



Persembahan pentomen dari pelajar-pelajar SMK Sultan Ismail

Persembahan tarian dari pelajar-pelajar SK Seri Geliga



Tarian Ulek Mayang dari pelajar-pelajar SK Seri Iman


Persembahan Tarian dari pelajar-pelajar SK Pusat

Persembahan tarian Chicken Dance dari pelajar-pelajar SK Seri Iman

Tahniah buat semua peserta yang menyertai persembahan ini !!!!!!! Kita semua adalah pemenang.......


Sabtu, 12 Februari 2011

PERSEMBAHAN TARIAN PELAJAR PIPKP SMK GELIGA

MAJLIS    :  PERASMIAN MESYUARAT PIBG SMK GELIGA 2011
TEMPAT  :  DEWAN FIKRAH SMK GELIGA
TARIKH   :  11 FEBRUARI 2011
MASA      :   8.00 - 12.30 PAGI
PERASMI :  YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR  TERENGGANU, DATO' SERI HJ. AHMAD BIN SAID

Persiapan sebelum persembahan

Sedang dihiaskan oleh juru andam a.k.a juru tari......





Ketibaan dhif kehormat
Video tidak sempat dirakam sepenuhnya.....

Jong-jong inai mak ipong rajawali........


Selasa, 8 Februari 2011

LATIHAN TARIAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SMK GELIGA

Persembahan tarian ini akan diadakan sempena Mesyuarat Agong PIBG SMK Geliga yang akan diadakan pada 11 Februari 2011. Mesyuarat Agong PIBG ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu. Latihan secara berterusan akan menghasilkan persembahan yang mantap. Juru tari / kareografer tarian yang membimbing pelajar-pelajar ini ialah Cikgu Halimahton Saadiah Abd Hamid. Tahniah buat guru yang bertungkus-lumus melatih pelajar istimewa ini dan tahniah juga buat pelajar yang bekerja keras menjalani latihan........TAHNIAH untuk anda.......


 Latihan di dalam kelas.......keras bak kayu lenggangnya.......






 Latihan di pentas Dewan Fikrah SMKG


 Para penari bersama kareografer tarian yang sangat komited........


Sangat bersemangat dan berbakat........


TERIMA KASIH DAUN KELADI......

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang kerusi roda buat pelajar pendidikan khas, Mohd Riduan Hamzah yang mempunyai masalah pergerakan/ mobiliti. Kerusi roda ini amat bermakna buat pelajar ini untuk meneruskan pembelajaran di SMK Geliga. Diharapkan sumbangan ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya......Terima kasih yang tidak terhingga......Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan Cikgu.......
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Penyumbang kerusi roda ini.........



Sabtu, 5 Februari 2011

Jumaat, 21 Januari 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK GELIGA 2011

20 JANUARI 2010
Kejohanan Merentas Desa SMK Geliga 2011 telah selamat diadakan dengan jayanya. Kategori yang dipertandingkan ialah bawah 15 tahun (L), bawah 18 tahun (L), bawah 15 tahun (P), bawah 18 tahun (P) dan kategori pendidikan khas. Laluan larian yang digunakan adalah di sekitar Kampung Tengah dan Geliga. Sebelum memulakan larian, pelajar-pelajar diberikan taklimat keselamatan oleh guru serta diadakan sesi memanaskan badan. Anggota polis dari Balai Polis Kampung Tengah turut memberikan pengawalan lalu lintas untuk menjamin keselamatan pelajar yang menyertai kejohanan tersebut. Pelajar-pelajar pendidikan seramai 8 orang turut mengambil bahgian di dalam kejohanan ini. Ucapan syabas dan tahniah kerana mereka cukup bersemangat dan sempat menghabiskan larian ini dengan selamatnya.Tahniah kepada para pemenang dan tahniah juga buat guru-guru SMK Geliga yang cukup bersemangat memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini........TAHNIAH !!!!!!
Di antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakan sepanjang kejohanan tersebut.....

 Peserta yang akan mengambil bahagian di dalam Kejohanan Merentas Desa SMKG




 Taklimat oleh urusetia kejohanan

 Pasukan yang akan memberikan saingan sengit......Tungggguuuu



 Sesi memanaskan badan








 Bersedia untuk memulakan larian















 Bersemangat betul cikgu......oleh kerana baju ada warna kuning, jadi masuk rumah kuning lah..........KUNING JUARA !!!!!!

Dapat hamper lagiii......Tahniah

Tahniah kepada semua pemenang !!!!!!